Tutup

#AWANIJr: Milik siapa johan APSSNT SM 2018

Pada 7 Oktober 2018- kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah dijemput membuat liputan khas untuk Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2018 di BTPNT Terengganu. Mesti ramai yang tertanya-tanya milik siapakah johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Kategori Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2018. Untuk mengetahuinya, marilah kita ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11 dan Nur Aisyah Amirah Muhd Salim 11 kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.