Tutup

#AWANIJr: MTQ & FNSS melahirkan murid berketrampilan dalam bidang Al-Quran

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah (FNSS) Peringkat Zon Rantau Abang 2019 telah berlangsung dengan jayanya di SMKA Kuala Abang pada 2 April 2019 baru-baru ini. Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang itu melibatkan 6 buah sekolah menengah di dalam Zon Rantau Abang iaitu SMK Kompleks Rantau Abang, SMA Sultan Ismail, SMK Pulau Serai, SMK Seri Dungun, SMK Sultan Omar dan tuan rumah, SMKA Kuala Abang. Raja Aiman Raja Hisyam, 13 bersama Danial Amin, 13, Pengacara TV Abqori, PSS SMKA Kuala Abang, Dungun, Terengganu yang berada di lokasi membuat liputan majlis tersebut. Sama-sama kita saksikan.. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.