#AWANIJr: My Rukun Negara Solidariti Gen-M

Pada 24 April 2018- telah diadakan Program My Rukun Negara Solidariti Gen-M Negeri Terengganu 2018. Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama SJK(C) Kuala Kemaman, Terengganu. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim 11 tahun kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.