Tutup

#AWANIJr: MY SKKGB CHANNEL calon TV PSS terbaik Terengganu 2018

TV PSS MY SKKGB CHANNEL SK Kompleks Gong Badak,Kuala Nerus, Terengganu sentiasa membuat penambahbaikan dari setiap tahun ke setiap tahun dalam kemajuan TV PSS. Bermula 2015- 2018, kualiti dan kemenjadian murid sentiasa dititikberatkan. Antara kejayaan yang dicapai pada tahun 2018 antaranya ialah Johan Video Pendek Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2018 ,Naib Johan Video Pendek Quran Hour 2018, Naib Johan Video Pendek Sempena Hari Guru 2018, Tempat Keempat dan Kelima Video Pendek Sambutan Aidilfitri 2018 anjuran bersama Diza Herbs dan BTPNT 2018 dan ,Pelakon Terbaik Kategori Sekolah Rendah Video Pendek Sambutan Aidilfitri 2018 anjuran bersama Diza Herbs dan BTPNT. Tahun 2018 juga MY SKKGB Channel telah membuat liputan di persidangan antarabangsa iaitu Agung Sejak Azali Lagi di Kuala Lumpur anjuran Astro Awani. Jom kita sama sama saksikan video percalonan TV PSS terbaik negeri Terengganu 2018. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.