#AWANIJr: Nadhirah bersama Presiden MITF

Pada 27 April 2018 hingga 29 April 2018- salah seorang kru My LB Channel TV PSS SK Binjai Kemaman telah menjadi peserta dan turut membuat liputan pertandingan Taekwondo dalam International Taekwando Asian Schools & Clubs Championship 2018 bertempat di bangunan Majlis Olimpik Malaysia Kuala Lumpur. Adik Nadhirah sangat bertuah kerana berjaya ke peringkat antarabangsa dengan penyertaan tersebut. Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Nadhirah Al-Ashaari Saiful Nizam 11 tahun kru My LB Channel TV PSS SK Binjai, Kemaman, Terengganu.