#AWANIJr: Orang Cuaca

Pembenihan awan ialah suatu bentuk pengolahan cuaca yang mengubah jumlah atau jenis kerpasan yang terkumpul di awan melalui penyebaran bahan tertentu di udara. Bahan yang tersebar ini bertindak sebagai suatu nukleus ais atau penyejatan awan yang merubah proses mikrofizik dalam awan tersebut. Kaedah ini biasa digunakan untuk menambahkan air hujan atau salji yang turun, serta juga mengawal peredaran kabus dan hujan batu terutamanya di kawasan yang penting seperti di lapangan terbang.Antara bahan kimia yang umum digunakan termasuklah argentum iodida, kalium iodidadan ais kering (karbon dioksida pejal). Propanacecair yang mengembang menjadi gas juga digunakan kerana kebolehan menghasilkan hablur ais pada suhu yang lebih tinggi berbanding argentum iodida. Bahan higroskopik seperti garam biasa turut semakin digemari hasil penyeleidkan yang lebih mendalam. Ikuti temubual khas adik Nur Ain Abdullah,14 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam , Kuala Terengganu, Terengganu bersama pegawai meteorologi sempena minggu sains dan matematik SeNILAM 2019. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.