Tutup

#AWANIJr: Patah Tumbuh Hilang Berganti

Persaraan Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka, Datuk Haji Abu Bakar Sahari merupakan satu kehilangan besar kepada JPN Melaka. Kepakaran beliau dalam bidang ICT berjaya menjadikan JPN Melaka lebih ke hadapan dalam sistem pendidikan dalam 4 tahun beliau menjadi peneraju. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel NurAfiqah Auni Mohd Zaidy,12, bersama Nur Aqilah Qaisarah Mohd Nazrul-Izwan,11, merakamkan detik-detik persaraan Datuk Pengarah yang dihadiri oleh semua warga pendidik Negeri Melaka. Diharapkan, pengganti Datuk Pengarah akan lebih proaktif dalam merencana kejayaan Jabatan Pendidikan Melaka agar lebih cemerlang dalam mendidik anak bangsa.