Tutup

#AWANIJr: Pemacu Personaliti Terbilang

"Pemacu Personaliti Terbilang" Itulah visi Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Bagi memastikan visi ini tercapai, pelbagai usaha telah dirancang dan diatur oleh pihak pentadbir sekolah bagi melahirkan murid yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, menguasai ilmu pengetahuan dan mempunyai jati diri yanh unggul. Selain itu juga, visi ini sesuai dengan proses kemenjadian murid bersesuaian kehendak semasa. Bersama kru TVSERUSA, Kuala Terengganu, Alia Maisarah Mustafa, 7, mengamati harapan barisan peneraju induk Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa. Kru TVSERUSA, Nurin Natasya Mohd Hazelan, 11, sempat bertanya pendapat Tn Hj Jailani Sulong, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu berkaitan visi yang akan menterjemahkan acuan sebenar sesuai dengan asakan kehendak semasa. Jom kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.