#AWANIJr: Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari

Bersama adik Nuraisya Amiera Zuhairi (12) dan Nur Aisyah Sofea Mohd Shaffree (12) daripada SkySKAP TV PSS, SK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu telah membuat liputan mengenai pelancaran program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) dengan temanya Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari yang telah berlangsung pada 3-5 April 2018 yang lalu. Pelancaran program ini telah memperlihatkan kepentingan pembacaan di kalangan masyarakat dengan simbolik penyerahan akhbar oleh pihak pentadbir kepada semua warga sekolah. Krew SkySKAP TV PSS berkesempatan menemuramah YM Tuan Nazam Tuan Sidek, YDP PIBG SK Ayer Puteh yang telah merasmikan program berkenaan. Jom ikuti liputan menyeluruh daripada krew SkySKAP TV PSS.