#AWANIJr: Pembudayaan ICT melalui Frog VLE di SK Ladang Gajah Mati

Tujuan pembudayaan ICT di sekolah adalah untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah. Ianya merupakan suatu usaha untuk membudayakan pengintegrasian dan penggunaannya secara optima dalam kalangan warga sekolah. Jom kita lihat pembudayaan ICT di SK Ladang Gajah Mati melalui penggunaan FROG VLE bersama adik Nur Syadina binti Mohd Nazeri (11 tahun), pengacara Ladang TV, TV PSS SK Ladang Gajah Mati, Dungun, Terengganu. AWANI Jr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.