Tutup

#AWANIJr: Pemimpin Kental

Menjadi seorang pemimipin bukan sahaja perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran memimpin malah kecergasan fizikal juga perlu diutamakan. Pada tahun ini, Kem Kepimpinan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Kompleks Tembesu dibimbing oleh Pasukan 18 RAMD (PARA) sebagai jurulatih di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu selama 2 hari 1 malam .Kem ini berfokus kepada ketahanan fizikal untuk melatih diri sebagai pemimpin di sekolah. Laporannya bersama Adik Nur Haisara Abdu Samad yang berusia 17 tahun dari MyKOMSTEM TV, SMK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu.?