#AWANIJr: Penghayatan Adab Fokus No 1 DESSO!

Episod kali ini dilaporkan oleh wartawan Astro AWANI Jr, Nur Amanda Zawani, 15. Nur Amanda Zawani membuat liputan mengenai MInggu Penghayatan Adab 2019. Program ini merupakan program tradisi awal tahun SMK Sultan Omar pada saban tahun. Membawakan 4 modul utama yang berobjektifkan Adab, Sahsiah, Akhlak dan Ketrampilan, program ini juga selaras dengan saranan Rasullulah S.A.W dalam mengajarkan adab dan akhlak sebagai pelajaran pertama anak-anak. Selain itu, program ini juga menggunakan kaedah PAK 21 didalam pelaksanaan program demi menarik perhatian dan fokus peserta-peserta program. Dikesempatan ini juga, Nur Amanda Zawani berkesempatan menemubual Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sultan Omar, Cik Masitah berkenaan tujuan utama program ini diadakan.