#AWANIJr: Pengurusan Jenazah STARS

Pada kali ini wartawan Fadlhlin Basyirah Roszlan, 12, dari STARS TV, SK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus akan membawa kita menyaksikan perjalanan program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam STARS iaitu Pengurusan Jenazah untuk semua tahun 6. Aktiviti yang dijalankan antaranya ialah penerangan berkaitan program, amali memandikan jenazah, mengkafankan jenazah dan menyembahyangkan jenazah. Jom sama-sama kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.