#AWANIJr: Perasmian program "Jom Ke Sekolah"

Episod kali ini memaparkan Majlis Perasmiaan Program "Jom Ke Sekolah" dan Pelancaran Papan Kenyataan Polis Perhubungan Sekolah (PPS) di SK Tengku Bariah. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Tengku Bariah, En. Suhaimi Muhammad. Turut Menyampaikan ucapan Koperal Syazwan Firdaus Zainuddin dari IPD Kuala Terengganu. Ikuti Laporan ringkas daripada Adik Aulia Qaisara Hannani Muhammad Pisol 10, Pengacara BesT.TV TV PSS SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.