#AWANIJr: Perjuangan demi kejayaan

Hari peperiksaan yang akan menguji calon SPM 2018 telah tiba. SPM merupakan peperiksaan utama bagi pelajar Tingkatan 5. Saksikan suasana sebelum memasuki dewan peperiksaan di SMK Kerteh untuk menduduki SPM. Wartawan Muna Maisarah Hishamrul, 14 ada laporan untuk semua. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.