#AWANIJr: Permata di Celah Buku

Kempen Dekad Membaca yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadi "jambatan" untuk Sekolah Kebangsaan Duyong melaksanakan Majlis Pelancaran Program NILAM dan Frog Vle 2019. Pengacara TVPSS SK Duyong Hang Tuah Channel, Nur Afiqah Auni Mohd Zaidy, 12, bersama wartawan Nur Aqilah Batrisyiah, 11, bersama-sama dalam majlis ini. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Mariani Haji Yahaya, Ketua Penolong Pegawai PPD Melaka Tengah. Beliau menegaskan membaca bukan sahaja menjadikan setiap insan itu berilmu tetapi juga berakhlak. Beliau juga turut menggunakan aplikasi interaktif di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Duyong sebagai galakkan menanam minat membaca di kalangan murid. Malahan kerjasama pihak komuniti seperti pameran buku juga membantu meningkatkan minat membaca di kalangan murid sekolah.