Tutup

#AWANIJr: : Pertandingan Dikir Barat Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu 2018

Pendidikan Asas Vokasional atau lebih dikenali PAV, SMK Kompleks Mengabang Telipot dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu telah menganjurkan Projek Menanam Melon Manis Teregganu. Seramai 16 orang pelajar PAV tingkatan 1 hingga 3 terlibat dalam projek Melon Manis Terengganu ini. Sebanyak 300 polibag mengandungi anak pokok melon ditanam . Program ini bermula pada I Julai 2018 itu telah diakhiri dengan majlis penuaian hasil yang dirasmikan oleh Datuk Hassan Ali, YDP PIBG SMK Kompleks Mengabang Telipot . Majlis itu juga dihadiri oleh En Zakaria Muda , Pengetua SMKKMT. Adik Zulaikha Mohd Zaidi 16, bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Amirul Zulkifli 19 dan Wan Daniel Izi 13, sebagai jurukamera Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu telah berjaya membuat rakaman temubual guru PAV iaitu En Azahar Stapa. Mari kita sama-sama menonton rakaman tersebut .