#AWANIJr: Peserta Obesiti Warnai 21th KGB Run

Obesiti dan mempunyai berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan tabiat yang negatif seperti makan berlebihan atau tidak suka bersenam. Dalam episod ini, bersama dengan dua orang krew tv pss Albiruni Smk Kompleks Gong Badak,Kuala Nerus Terengganu iaitu Azriena Sofiya Mohd Nasri 14,dan Yasmin Syafiqah Mohd Yussof 17,menonjolkan sikap positif peserta obesiti smk kompleks Gong Badak yang mempunyai kecekalan dan semangat kesukanan hingga berjaya menamatkan larian dalam acara 21th Kgb Run. Semoga episod ini dapat dijadikan motivasi dan pembakar semangat kepada pelajar lain. Selamat menonton. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.