#AWANIJr: Petua pelajar cemerlang SPM SMK Balai Besar

Enam orang pelajar SPM 2017 telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang SMK Balai Besar. Dua orang calon telah ditemuramah iaitu Siti Nur Zarifah Ngah Dan Wan Khamarul Aiman Wan Rosbani. Bersama wartawan My B'Best TV, SMK Balai Besar, Dungun, Terengganu Fakhrul Idham Ismail Dan Nur Najwa Ruslan dalam episod kali ini. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.