#AWANIJr: PIBG dan surau berpisah tiada

Tanggal 12 April 2018, hasrat semua warga SK Binjai untuk menggunakan surau baru akhirnya menjadi kenyataan. Apakah rahsia terbinanya Surau Al-Huda? Jom kita saksikan liputan yang telah dibuat oleh adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun), Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah (11 tahun) dan Nur Nadhirah Al-Ashaari Saiful Nizam (11 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.