#AWANIJr: Ping Pong dan Badminton Zon Kuala Besut

Kejohanan Ping Pong dan Badminton Zon Kuala Besut 2018 telah berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Alor Peroi, Kuala Besut. Menurut Pn.Wan Yah Wan Yusof, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SK. Alor Peroi yang merupakan tuan rumah kejohanan ini, matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mencari bakat baru dalam sukan Ping Pong dan Badminton. Ikuti laporan adik Siti Khairun Nisrin Mohd Nadzri ( 8 tahun ), pengacara Bayu Tv dari SK.Kuala Besut 11 berkenaan kejohanan ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.