Tutup

#AWANIJr: Program Books for Asia membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris

Untuk Program Books For Asia anjuran Yayasan Johor Corporation dengan kerjasama The Asia Foundation, sebanyak 1350 buah buku telah diagihkan kepada 45 buah selokolah Zon Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Program ini bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan menanam minat membaca dalam kalangan murid. Jom ikuti laporannya bersama wartawan Al Jannah Channel SK Sungai Lerek, Setiu Terengganu iaitu Nur Annisa Irwani Lokman Alhakim, 10. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.