#AWANIJr: Program Jalinan Muhibbah Bersama Rakyat

Pada 9 Mac yang lepas, KRT Taman Banggol Indah bersama dengan MPKK Seri Berenjut, Kemaman telah menganjurkan program yang khusus untuk masyarakat sekitar. Program ini adalah satu cara untuk memupuk semangat kejiranan di samping mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Program itu telah dirasmikan oleh YB Hj Hanafiah Mat, EXCO Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional juga merangkap ADUN Chukai. Jom saksikan liputan lanjut bersama adik Muhammad Afiq Danial Mohd Sofian 15, bersama kru tv pss BASES NEWS TV SMK BANGGOL,Kemaman, Terengganu.