#AWANIJr: Program Jelajah Kasih SPAVOL edisi Terengganu (BHG 2)

Adik Nur Adelia Qaisara Tiarramon (9 Tahun) daripada SEGARTV SK Guntung Luar berpeluang membuat liputan Majlis Pelancaran Program Jelajah Kasih SPAVOL di Kampung Bukit Grebar, Setiu. Jom kita saksikan kemeriahan pelancaran Program ini yang telah dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Sri Zoal Azha bin Yusof selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.