Tutup

#AWANIJr: Program sekolah kolaborasi universiti (Sekolahku Universitiku)

Pada 24 Oktober 2019, Pihak SK Tengku Bariah telah mengadakan Program lawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah ke Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sempena Program Sekolah Kolaborasi Universiti (Sekolahku Universitiku), SK Tengku bariah merupakan sekolah angkat kepada UniSZA. Banyak aktiviti yang telah dijalankan sempena lawatan tersebut. Antaranya pertandingan Deklamasi Puisi Cilik, Susun Puzzle dan Muzik Box. Rombongan juga dibawa melawat sekitar perpustakaan UniSZA. Ikuti Laporan yang disediakan oleh Wan Nurul Arissa Mohd Jumayzi 10, Wartawan BestTV, TV PSS SK Tengku Bariah Kuala Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.