#AWANIJr: Program Tadarus & Khatam Al Quran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019

Adik Rita Ramadhani, 12 dari Mermaid Channel, SK Duyong, Kuala Terengganu telah membuat liputan Program Tadarus dan Khatam al Quran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Masjid Gong Tok Nasek pada 20 Mei yang lalu. Program ini merupakan program tahunan PPIM iaitu dilaksanakan pada hari Nuzul Quran yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia. Program ini melibatkan hampir 200 peserta yang merupakan guru dan murid juga ahli PPIM Perhubungan Daerah Kuala Terengganu. Jom kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.