Tutup

#AWANIJr: Pusat Pendidikan Alam Sekitar Eco Care Kerteh

Pusat Pendidikan Alam Sekitar Paya Bakau Eco Care terletak di Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman.Terengganu. Ia adalah satu pusat pendidikan yang memberi banyak informasi berguna mengenai penjagaan alam sekitar serta pemuliharaan kawasan bakau di sepanjang sungai Kerteh. Di sini juga kita diberi kesedaran betapa pentingnya untuk melindungi flora dan fauna yang menjadi warisan alam semulajadi . Sama-sama kita saksikan aktiviti menarik yang dibawa oleh pengacara Merpati TV SK Seri Gelugor, Kerteh, Kemaman Terengganu iaitu adik Tuan Iffahmiza binti Tuan Romeli (12 tahun).