#AWANIJr: Raja Sehari

Perkahwinan merupakan ikatan yang sah antara lelaki dan wanita yang menjadikan institusi kekeluargaan itu berkembang. Kali ini kru TV A.N PSS SK Seri Buluh sempat merakamkan detik-detik bersejarah pasangan dua pengantin Raja Sehari dalam majlis perkahwinan mereka di Felda Chini 4, Pekan, Pahang. Bersama pengacara Nur Alifah Bt Hj Mohd Sukri untuk butiran lanjut. Semoga ikatan yang terjalin akan kekal hingga ke jannah. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.