Tutup

#AWANIJr: Roket Air

Nur Aliyah Mohamad, 15 daripada Stamad TV, TV PSS SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, Terengganu membuat liputan Pertandingan Roket Air sempena Karnival Sekolah Transformasi TS25 peringkat sekolah. Pertandingan yang berlangsung pada 3 Julai 2019 ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid kerana konsep pertandingan yang menarik disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang sains serta memupuk semangat berdaya saing dan bekerjasama. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.