Tutup

#AWANIJr: Rumah tanpa paku

Rumah agam Melayu atau Rumah Warisan Haji Su di Kampung Losong Haji Su kini menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan di negeri ini sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. Kerja-kerja membaik pulih Rumah Warisan Haji Su yang dibeli Muzium Negeri dengan nilai RM3.2 juta itu kini telah siap sepenuhnya dan dibuka untuk kunjungan orang ramai secara percuma. Rumah yang berkonsepkan rekaan Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga berpasak tanpa paku itu juga akan menawarkan pakej penginapan, termasuk bermalam dan akan dibuka setiap hari bagi menerima kunjungan pelancong. Adik Nur Azrin Amani bt Mohd Zaki, 15, berkesempatan mengunjungi rumah tanpa paku ini untuk mengetahui lebih lanjut keunikkan rumah tanpa paku ini