#AWANIJr: SAHUT ke Morocco

Seramai 12 pelajar telah mengikuti Kursus Pemantapan Kompetensi Bahasa Arab Komunikasi di Morocco. Program ini adalah kerjasama dengan pihak ISESCO, NGO yang menjaga kebajikan dan keilmuan Islam di seluruh dunia. SahutTV tidak melepaskan peluang untuk membuat liputan di sana. Wartawan Ainaa Rusyda Abdul Rashid, 16 telah menemuramah Dr Mohamed Alaoui, Pengarah Institut Al- Manarah, Rabat, Marocco. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.