#AWANIJr: Saman penunggang motorsikal bawah umur

Saman penunggang motorsikal bawah umur! Begitulah reaksi Sarjan Saidi, Pegawai Perhubungan Sekolah apabila Pengacara Rawaitv SK Simpang Rawai, Adik Nazran Ilyas, 11 tahun mengajukan soalan berkenaan penunggang motorsikal bawah umur. Program Jom Ke Sekolah ini wajar dilakukan setiap tahun bagi memberi kesedaran kepada murid kepentingan datang ke sekolah dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh sekolah dan kerajaan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.