#AWANIJr: Sambutan Hari Guru peringkat derah Marang Tahun 2019

Pada 14 April 2019, berlansungnya satu majlis besar-besaran sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Marang bagi tahun 2019 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang dan dirasmikan oleh YB Senator Haji Razali Idris selaku ahli dewan negara. Sambutan hari guru yang sepatutnya disambut pada 16 Mei ini terpaksa diawalkan kerana pada tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadan. Dalam majlis ini, wakil guru-guru dari setiap sekolah tidak kira dari sekolah rendah ataupun menengah menghadiri majlis tersebut. Pelbagai acara dan persembahan seperti zapin, tarian cina dan banyak lagi diadakan sempena majlis ini. Saksikan sedikit bingkisan rakaman yang sempat diambil oleh krew yang bertugas di lokasi iaitu Anis Afiqah Zambri, 16 ,Rabi'atul Humairah Mohd Afandi, 16 dan Nurul Aishah Hamilluddin,16. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.