#AWANIJr: Sambutan hari lahir fasa 1 2018

Adik Nur Aien Nadirah Azlie , 11 Tahun bersama Adik Nur Faqihah Ilya, 10 tahun dari Elit TV SK Bandar Dungun telah membuat liputan suasana Sambutan Hari Lahir fasa 1 di SK Bandar Dungun ,Terengganu. Salah satu program Amalan Guru Penyayang yang perlu dilaksanakan secara berterusan di sekolah ialah meraikan sambutan hari lahir murid. Sambutan Fasa pertama telah diadakan pada 9 April 2018 bertempat di dataran perhimpunan SKBD. Tujuan sambutan ini diadakan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Sambutan dalam fasa ini melibatkan murid dan guru yang dilahirkan pada bulan Januari hingga Mac. Seramai 60 orang murid telah diraikan termasuk 2 orang murid pra sekolah serta 6 orang guru. Majlis ringkas ini dimulai dengan ucapan dari guru bimbingan & kaunseling dan diiringi oleh bacaan doa. Seterusnya majlis dimeriahkan dengan acara nyanyian, memotong kek dan juga bergambar. Walaupun sekadar majlis yang ringkas tetapi kemeriahannya tetap dirasai. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.