Tutup

#AWANIJr: Sandwich With King

Chit-chat bermaksud berbual, berbual-bual, bercakap, bercakap-cakap, berceloteh dan sebagainya. TVPSS TVJer dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu(BTPNT) mengadakan program Chit-chat & Sandwich Breakfast with Tn Hj Amir@Akram, YM Raja Hisyam Raja Zaid dan Cik Ja Astro Awani di Studio TVJer pada 26 September 2018. Mari kita ikuti laporan oleh adik Nur Widyan Nasuha Ahmad Pauzi,15 dari TVPSS TVJer SMK Dato' Haji Mohd Said, Kuala Terengganu, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.