Tutup

#AWANIJr: Sayangi Malaysiaku TS25

Episod kali ini menampilkan Tuan Nur Niesa Imana Tuan Hazahar 11, pengacara BeezTVPSS, SK Bandar Baharu, Kemaman, Terengganu berpeluang membuat liputan Program Sayangi Malaysiaku TS25 yang berlangsung di Padang Astaka, Chukai, Kemaman, Terengganu. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman dengan kerjasama daripada sekolah-sekolah TS25 yang terdiri daripada SK Bandar Baharu, SK Bukit Mentok, SK Seri Iman dan SK Seri Kemaman. Jom kita saksikan kemeriahannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.