Tutup

#AWANIJr: Sehari bersama Pencetus Ummah Fidz

Bersama adik Nor Azzah Nisrina Affendy 17, dari BASES NEWS TV SMK Banggol,Kemaman, telah membuat liputan khas sehari bersama Pencetus Ummah Fidz yang berlangsung pada 8 Ogos yang lepas. Program ini merupakan Kem Pecutan Akhir Super Genius Study 2018 yang telah dianjur oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling serta kerjasama Jawatankuasa Projek SPM dan PT3 SMK Banggol. Program yang memberi suntikan semangat baru untuk anak didik SMK Banggol yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2018. Program ini juga serba sedikit memberi impak besar dengan perkongsian orang yang hebat seperti Pencetus Ummah Fidz.