Tutup

#AWANIJr: Sekolah kami anak angkat RELA

SMK Balai Besar, Dungun telah dipilih oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia, Negeri Terengganu sebagai anak angkat. Pelbagai manfaat yang diperoleh oleh guru dan pelajar sekolah hasil dari kerjasama ini. Bersama pengacara My B'Best TV Nur Najwa Ruslan, 16, dari TV PSS SMK Balai Besar Dungun Terengganu membuat liputan untuk episod kali ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.