#AWANIJr: Semakan Video dan sinopsis "terapi diri terbaik lagi berganda"

Sepanjang Ramadan ini, SMK Ayer Puteh, mengadakan program Tadarus Al Quran, anjuran Panitia Pendidikan Islam. Menerusi program itu, murid dan guru berpeluang bertadarus di dataran perhimpunan, setiap pagi pada setiap hari, beramai-ramai bersama-sama, membacakan ayat suci Al Quran. Program itu sangat memberi manfaat kepada murid dan guru, memandangkan Ramadan bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat manusia untuk mendapat pahala berlipat kali ganda. Ikuti temubual oleh Adik Shahira Azis,15 tahun dan Nurul Jannah Che Abd Halim,15 tahun dari krew APSES TV, TV PSS SMK Ayer Puteh, Kemaman, Terengganu, yang telah mengikuti program tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.