Tutup

#AWANIJr: Semarak Merdeka bersama Manan Ngah

Dania Adriana,11 dari SKESA TV, TVPSS SK Santong, Dungun, Terengganu akan melaporkan Program Semarak Merdeka yang diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Dungun, Politeknik Sultan Mizan dan PKG Daerah Dungun. Antara objektif program ini ialah ia dapat menanam rasa cinta kepada negara di samping membina keyakinan diri dalam kalangan murid-murid. AWANI Jr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.