#AWANIJr: Semoga ukhwah berkekalan

Pada 23 April 2018, SK Binjai telah menerima tetamu dari SK Gong Badak dan Smk Dato? Haji Abbas yang membuat lawatan penanda aras ke Musalla AN-Nur SK Binjai dan studio TV PSS SK Binjai. Alhamdulillah, semoga perkongsian ilmu antara sekolah sekolah dapat dimanfaatkan untuk kemenjadian murid nanti. Untuk mengetahui lebih lanjut jom bersama adik Nur Aisyah Amirah bt Salim -11 tahun dan Nur Nadhirah Al-Ashaari Saiful Nizam-11 tahun kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.