Tutup

#AWANIJr: Shotul Imtiyaz Terbaik Nasyid MTQ Zon Kuala Besut 2018

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Kuala Besut telah diadakan di Dewan Terbuka SK Kg Nangka,Kuala Besut,Terengganu. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Qur'an, Hafazan, Bercerita kisah-kisah dari Al-Qur'an serta Nasyid .Program ini telah melahirkan pasukan Nasyid Terbaik Zon Kuala Besut iaitu Kumpulan Shoutul Imtiyaz.Kumpulan ini terdiri dari 7 peserta lelaki dan di bawah bimbingan Ustazah Che Romlah Che Kob dan En. Mohd Azmil Che Omar. Program MTQ peringkat Zon adalah bertujuan untuk mencungkil bakat baru murid dalam subjek Pendidikan Islam. Mari ikuti Adik Wan Nur Najibah (12 Tahun) yang telah membuat liputan dan menemuramah Penyelia Pendidikan Islam PPD Besut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.