Tutup

#AWANIJr : Si cilik, celik ICT

Cuti sekolah masih berbaki. Masa yang ada tidak pernah di sia-siakan begitu sahaja oleh murid-murid SK Seri Buluh, Hulu Terengganu. Mereka datang ke sekolah untuk belajar komputer ( ICT ). Nor Kausal Bt Nawi pengacara TV A.N sempat membawa anda semua ke lokasi kelas tersebut bersama rakan-rakanya. Kelas ini dibimbing oleh Kakak Norasyida Bt Omar, Executive Information Officer (EIO) sekolah. Semoga memberi pendedahan kepada si cilik tentang asas-asas computer dan akan menjadi murid yang celik ICT. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.