Tutup

#AWANIJr: Silang Budaya Acheh - Melaka

Kehadiran mahasiswa UNSIYAH Kuala, Acheh bersama mahasiswa Universiti Malaya ke SK Duyong membawa satu rahmat kepada murid Tahun 6. Pengacara NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12 bersama krew TVPSS Hang Tuah Channel turut serta dalam program ini. Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh mahasiswa selama 3 minggu di Melaka seperti program motivasi, persembahan silat, persembahan tarian dan khidmat masyarakat di Kampung Duyong serta beberapa buah sekolah lain. Mahasiswa ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Melaka yang diterajui oleh Mohd Syaifullah Haji Mohamad yang merupakan bekas pelajar terbaik SK Duyong 1997. Diharapkan program sebegini dapat meningkatkan prestasi para pelajar SK Duyong. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.