#AWANIJr: SK Binjai cipta sejarah kebangsaan?

Akhirnya segala penat lelah seluruh warga SK Binjai bersama PIBG sekolah, PPD Kemaman dan SPI JPNT Terengganu telah menemui titik noktah apabila dinobatkan sebagai JOHAN Musalla (SR) ASISS Kebangsaan 2017. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Mohd Fadillah (11 tahun, pengacara My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam mengalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.