#AWANIJr: SK Binjai di sambutan Hari Guru daerah 2018

Baru baru ini telah diadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di IMTIAZ, Kemaman Terengganu. Kru My LB Channel juga tidak ketinggalan membuat liputan sepanjang majlis tersebut berlangsung. Ikuti liputan yang telah dibuat oleh adik Ahmad Akhtar Iman Asmadi 10 tahun dan adik Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim 11 tahun - kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.