Tutup

#AWANIJr: SMK Paka didik komuniti guna tenaga secara cekap

Kempen Kecekapan Tenaga yang dianjurkan oleh skuad kWh SMK Paka telah dijalankan di Tabika Kemas Gong Gemia, Paka, Dungun, Terengganu. Pelbagai aktiviti menarik bertema cekap tenaga telah dijalankan kepada 100 orang murid sekolah tersebut. Matlamat program diadakan bagi memupuk budaya penggunaan tenaga secara cekap sejak dari kecil lagi. Mari kita bersama Nurul Khairunnisa Najwa Hazlim, 15, pengacara PK TV PSS SMK Paka, Dungun, Terengganu meninjau aktiviti menarik sepanjang program tersebut berlangsung. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.