Tutup

#AWANIJr: Stars Moot Court

Stars Moot Court merupakan projek inovasi PSS Halina Zakaria yang telah dirasmikan pada 24 Ogos 2016. Projek ini merupakan projek yang pertama bagi sekolah rendah di Malaysia. Tujuan dilaksanakan projek ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada murid mengenai perundangan dan persekitaran mahkamah di samping melatih kemahiran berkomunikasi murid di khalayak ramai. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.