Tutup

#AWANIJr: Syurga musim sejuk Pantai Timur (Edited II)

Episod kali ini dilaporkan oleh wartawan Astro Awani Jr, Nur Sarah Farzana, 14, Azreen Illissa, 14, Hafizah Saffiyah, 14 dan Nur Adlina, 14 dari TV PSS SMK Sultan Omar, Dungun, Terengganu. Kru Awani Jr mengembara ke Cameron Highland yang terletak di Negeri Pahang untuk membuat liputan tentang tanah tinggi yang masyhur dengan keindahan flora dan syurga musim sejuk rakyat Malaysia amnya. Meneroka sosioekonomi Cameron Highland memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga keindahan alam sekitar agar Cameron Highland boleh dinikmati oleh generasi-generasi akan datang!