#AWANIJr: Tahun baharu.. Azam baharu!

Gelagat hari pertama persekolahan tahun 2019 terutamanya melibatkan pelajar-pelajar baharu SMK Padang Midin telah dirakam oleh kru BBTV AZZAHRA. Pengacara TV PSS, Nik Fatin Hazirah Nik Ahmad Khushairi, 16 berpeluang mewawancara pasangan kembar yang telah mendaftar di sekolah ini, pelajar cemerlang PT3 tahun 2018 serta guru-guru SMK Padang Midin. Selamat kembali ke sekolah tahun 2019 dengan azam dan semangat yang baharu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.